Friday, July 6, 2012

CERAI ( I )

Nama tajuk agak serius, tapi definisi tajuk ni sangat rapat dengan aku. Bukanlah aku ni penah kena cerai, tapi orang disekeliling aku banyak yang ade capital ”CERAI” dalam kamus hidup dorang. Dan cerai ni jugaklah yang buat aku sering dan selalu fikirkan balik untuk bercinta , mencitai , dicintai , dikahwini... Terlalu banyak kaum hawa yang teluka disekeliling aku. Tapi ada jugak yang bahagia, Alhamdulillah mungkin Allah kurniakan mereka dengan pasangan yang baik. Macam-macam kisah yang berlaku sekeliling aku. Dari dicerai, bakal dicerai, punca perceraian dan jugak bakal menjadi punca penceraian. Satu ketika dulu sorang sahabat aku ni pernah hampir nak jadi punca perceraian sebuah masjid ni. Dan dalam masa yang sama, benda ni jadi pada keluarga terdekat dia. Bila dia tengok kesedihan saudaranya tu, dia sama menangis and insaf dan tak mau teruskan hubungan tu. Dia kenal ”Sang Arjuna” ni sebenarnya sebelom "Sang Arjuna" ni berkahwin lagi. Sahabat aku ni sangat serius dan sampai satu tahap dimana dia memang sangat confident dan dapat rasa and pasti yang dia ni jodoh yang telah ditetapkan oleh yang maha Esa untuk dia. Then dia mula kenal “Sang Arjuna” ni leih mendalam, they spent so much time together doing so many things. Dia mula ikut “Sang Arjuna” ni bersosial kesana kesini. Clubbing sana sini. Si “Sang Arjuna” yang dimatanya BERSINAR mula malap sebab dia dah nampak akan the bad side of him. He’s a drinker and party hard. Sahabat aku ni bukanlah wanita yang alim ulama’ tentang agama dan sebagainya. Tapi tiang agama tu masih ada dalam diri dia. Tapi dia mendambarkan seorang pasangan yang boleh menbantu dia improve her life dan bukan mendorong dia lebih jauh dari jalan Allah. Makin hari dia makin sedih sebab apa yang rasa sebelom nih tak se “Exciting” sebelum ni. “Sang Arjuna” ni berkerja di planta minyak, kalau dah kerja dekat planta minyak ni tau-tau jelah betapa lebatnye pocket. So apa yang dia nak sentiasa akan dapat, sampai kadang-kadang tu duit kereta pun “Sang Arjuna” yang settlekan. Hidupnya memang sangat senang. Bila genap 3bulan bercinta, ”Sang Arjuna” pun keluarkan soalan azimat yang secara lazimnya merupakan soalan kesukaan wanita seantero dunia. Malangnya soalan tu bukan soalan yang sahabat aku ni nanti-nantikan. Sebab dia dah mula timbul doubt untuk si ”Sang Arjuna” nih. Dia dah nampak “Sang Arjuna” bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan ketua keluarga. Dengan itu soalan yang “Sang Arjuna” tujukan itu terpaksa dia tolak, padahal hati dia sebenarnya sangat mahu jadi suri hati “Sang Arjuna”ni. Sayang memang sayang. Semua ciri-ciri lelaki idaman ada pada ”Sang Arjuna”. Lucu, penyayang, berduit dan ada minat yang sama. To be continued....

0 comments:

Post a Comment